BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 11, 2009

Belakang parang

Tak sampai hati untuk aku meluahkan.Biarpun RM2 terlalu besar rasanya.Hendak beli buku kerja.Cikgu Munah suruh.Tapi kata kakak aku tak pandai.Buat apa beli buku.Dalam bilik aku cuba membuka buku.Air mataku tumpah.”Ya-Allah kenapa aku yang tak pandai baca Ya-Allah”, keluhku separuh kesal.Perlahan-lahan abang sulungku mengajarku.Aku mula kenal huruf.Kenal suku kata.Merangkak-rangkak aku mengeja, sedangkan usia 12 tahun agak meniti senja.Tuhan memang kaya.Diterangkan hatiku satu persatu..Pernah sekali, di dalam Tingkatan 1 S, Hadi memperli aku.Baca buku tadika.Cerita “Ayam”.Aku terima kerana itulah aku dulu.Biarpun merangkak,aku sebak.Boleh mengeja ,aku bangga.Terima kasih, abang Kasim kerana mengajar aku melihat dunia

0 comments: